Monday, September 14, 2009

Aliran-aliran Seni

1. Seni Rupa Barat Klasikdari zaman yunani kuno, dewa2 dipatungkan dengan wujud manusia, tetapi lebih besar dan sempurna, misalnya seperti patung Perikles, Plato, dan Aritoteles...Lukisan Yunani banyak ditemukan pada jambangan keramik yang beremail. Hellenisme adalah kebudayaan Yunani yang menyebar ke Timur dan mempengaruhi seni arca buddha di India (Seni Gandhara). Dan banyak juga tokoh2 yang dibuat patung seperti Caesar Agustus, Hanibal, dan Konstantin.2. Seni Rupa Klasik Baru ( Neo-Clasisme)seperti karya Leonardo da Vinci (1452-1519) Monalisakarya Michaelangelo(1475-1564 ) >> lukisan tempera di kubah gereja St. Pieters dan membuat patung Nabi Daud dan Nabi Musa dari marmerkarya Rapahel (1463-1520) >>>Madona3.Zaman Barokdisebut juga klasik akademis. Teman lukisan berkisar pada keagamaan, raja2 dan kel. Salah satu cirinya ialah mengandung kesan mewah.4. Aliran Seni lukisa. Romantisme muncul kisah2 heroik dan dramatis dlm bentuk roman.. pengangaruh dlam seni lukis melahirkan romantismepengikutnya Delacroix(Prancis), William Blake ( Inggris), Raden Saleh(Indonesia). Patung La Marseilaisse adalah patung aliran romantismeb. Realismeadalah lukisan yang bertolak belakang dari kenyataanGustava (1819-1877), Hendra, Abdullah, Basuki, Sudjojono.c. NaturalismeKenyataan yang ditangkap oleh panca Indrakelompok yang terkenal dengan BARBIZON.Julis Dupre, Charles Prancois, Jean B. Theodora.d. Impresionismekecepatan dalam menangkap bentuk yang dipantulkan cahaya, walaupun hasinya tidak mendetail>>>Realisme CahayaMonet, Pisaro, Manet, Renior dan Degas.e. Pointilismedipengaruhi oleh teori warnaf. Ekspresionismeluapan perasaan, dalam mengolah pengalaman hidup, penderitaan batin, perasaan /emosi bukan hanya dari indra tetapi dari kejiwaan. Affandi, Popo Iskandar, Vincent , Paul, Die Bruke.g. FauvismeHendri Matisse, Derain, Vlamick, Rousult, Marquet, Van Dongen, Dufy.h. Kubismepengaruh dari bapak pelukis modern, Cezane lahirlah >> George Brague dan Pablo PicassoKubisme Analtik >> memecah objek -> bentuk2 geometrisKubisme Sintetik >> membentuk objek dari bentuk geometrisJuan Gris, Firnand Leger.i. Surealismehal2 yang tidak nyata atau berada di mimpiSurealisme Fotografi >> realistik meskipun tidak wajarSalvador Dali, Max Ernst, Odilon RedonSurealisme Amorphic >> lukisan abstrak tanpa didikte dari pikiran >>.>>>> Joan Miro, Andre Massonj.. Futurismemenonjolkan gerak dlam lukisan, pengaturan warna yang baik sehingga terkesan gerakan maju>> G. Bella, Duchanp, Boccioni.k. AbstraksionismeEkspresionisme Abstrak >> Wassily KandinskyAbstraksionisme Geometrik >> Piet Mondrianl. Dadaismekejutan baru>>monalisa dibubuhi kumis, susunan karcis dibuat usang...Marcel Duchamp, Thristan Tzara, hans Arpm. Aliran Popberpandangan utk masa kini dan masa yang akan datangTom Wasselman >> lukisan kamar mandi dan kakusGeorge Segall >> Patung Rock & Roll dari gipsYoseph Beny S>> bekas cat yang dipagar>>>>> Popular Images>> memanfaatkan barang2 rongsokann. Aliran Optikpengulangan bentuk geometris atau garis2 yang teratur dan tapi dan terperinci, kadang lukisan tampak menonjol keluar atau mejolok jauh ke dalam >>>sepintas gambaran optik

Aliran-aliran Dalam Seni Visual

Aliran seni Visual terbahagi kepada:
1. Aliran Romantisme.
2. Aliran Realisme.
3. Aliran Naturalisme.
4. Aliran Impresionisme.
5. Aliran Pointilisme.
6. Aliran Ekspresionisme.
7. Aliran Kubisme.
8. Aliran Futurisme.
9. Aliran Dadaisme.
10. Aliran Surealisme.
11. Aliran Abstraksionisme.
12. Aliran Pop Art

Lukisan Kreatif

Contoh-contoh Lukisan kreatif

Sunday, September 6, 2009

Apa itu Kretiviti?

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku danpemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapatmenghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana iamemperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying thedifficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating theresults.” (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigidberdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti bolehdilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the patternof sameness.3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.6. Membuka minda dengan idea-idea baru.7. Mencabar andaian.8. Mencipta sesuatu yang baru.9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.11. Berfikir secara fleksibel.12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaituberlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”